SJKC SIN KANG, PULAU PINANG  槟城新江华小

PERATURAN SEKOLAH sjkc sin kANG

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1 Sekolah akan dimulakan pada pukul 7:40 pagi dan 1.30 petang.

Murid-murid patut bersiap sedia beratur di tempat perhimpunan mengikut darjah masing-masing pada masa itu. Murid yang datang

lewat tetapi beralasan yang dapat diterima dikecualikan.

 

1.2 Loceng sekolah yang berbunyi pada 7:30 pagi dan 1.15petang menandakan waktu Bacaan Sinaran Pagi/Petang untuk murid-murid .

 

1.3 Selepas waktu rehat, murid juga dikehendaki berbaris sebelum masuk ke kelas.

 

1.4 Murid-murid mesti beratur semasa keluar dari bilik darjah dengan pimpinan guru samada ke padang atau ke bilik khas untuk pelajaran tertentu .

 

1.5 Pada masa aktiviti ko-kurikulum dijalankan, murid-murid diwajib hadir tepat pada waktunya dengan pakaian yang bersesuaian.

 

 

2. MASA REHAT

2.1 Pastikan suis lampu dan kipas dipadamkan sebelum keluar rehat.

 

2.2 Semua murid dikehendaki berada di tempat beratur selepas tamatnya waktu rehat dan beratur masuk ke kelas selepas dibenarkan oleh guru yang bertugas.

 

2.3 Murid-murid tidak dibenarkan merayau-rayau ke tempat lain selepas loceng berbunyi.

 

 

3. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH MASA P & P

3.1 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada guru besar /guru penolong kanan / guru yang bertugas.

 

3.2 Ibu bapa / penjaga yang ingin membawa anak mereka pulang oleh kerana sebab yang penting, mereka dikehendaki mencatatkan butir-butir peribadi serta sebab-sebab hendak pulang lalu menandatanganinya.

 

 

 

4. TIDAK HADIR KE SEKOLAH

4.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menunjukkan surat akuan doktor / surat ibu bapa menerangkan sebab-sebab ketidakhadirannya.

 

5. DISIPLIN MURID

5.1 Murid-murid dilarang berbual-bual atau menganggu orang lain,

angkatlah tangan sebelum menjawab atau menanya semasa

 

5.2 Murid-murid patut menghormati guru serta memberi ucapan selamat apabila bertemu dengan guru di dalam mahupun di luar sekolah.

 

5.3 Mengetuk pintu meminta kebenaran guru sebelum masuk ke pembelajaran dijalankan dalam kelas. Tidak dibenarkan masuk ke kelas lain tanpa kebenaran.

 

5.4 Apabila guru atau pelawat masuk ke kelas, murid-murid hendaklah bangun dan memberi ucapan selamat.

 

5.5 Sediakan bahan pembelajaran sendiri dan meminta keizinan

sebelum meminjam sesuatu.

 

5.6 Dilarang membuat bising di dalam kelas dan di sekitar kawasan sekolah.

 

5.7 Peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri mesti

dipatuhi.

 

5.8 Dilarang bergaduh atau menyindir orang lain.Hormat menghormatl

antara satu sama lain.

 

5.9 Murid-murid tidak dibenarkan menghubungi sesiapa pun semasa berada di sekolah melainkan mendapat kebenaran daripada guru besar / penolong kanan.

 

5.10 Sebelum guru masuk ke kelas, murid-murid dilarang meninggalkan

tempat duduk masing-masing. Ketua darjah dan pengawas kelas itu bertanggungjawab mengawal disiplin.

 

5.11 Murid-murid tidak dibenarkan membawa buku komik, pisau kecil,

“correction liquid”,“cards” ke sekolah.

 

5.12 Menjaga kebersihan diri sendiri dan kawasan sekitar sekolah.

5.13 Bersikap jujur dan amanah. Dilarang mencuri atau melakukan

perbuatan menipu atau berjudi.

 

5.14 Bermoral tinggi dan dilarang merosakkan harta-benda sekolah.

 

5.15 Jika kesalahan yang dilakukan agak serius, guru penolong kanan

HEM akan menghubungi ibu bapa murid itu untuk mencari penyelesaian yang munasabah.

 

5.16. Bercita-cita tinggi dan sentiasa menjaga imej sekolah serta mengharumkan nama sekolah.

 

 

6. PAKAIAN SERAGAM

6.1 Murid-murid diwajib memakai pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu sekolah dan perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah.

 

Untuk murid lelaki : Seluar pendek berwarna biru tua, baju putih berlengan pendek. (seluar panjang dibenarkan sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa).Tali pinggang berwarna putih / hitam / biru tua yang berkepala kecil dan tidak berhias dibenarkan.

 

Untuk murid perempuan : “Pinafore tunic” yang berwarna biru tuadan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

ATAU Baju kurung berwarna putih dan kain sarung biru tua.

Tudung / telekung mini putih yang berbentuk tiga segi sama. Kasut dan sarung kaki berwarna putih.

 

6.2 Kemeja “T” dan seluar pendek hendaklah dipakai pada waktu Pendidikan Jasmani dan aktiviti ko-kurikulum.

 

6.3 Murid-murid tidak di benarkan memakai barang-barang kemas ke sekolah.

 

6.4 Murid-murid perempuan tidak dibenarkan bersolek.

 

7. JADUAL WAKTU

7.1 Murid-murid hendaklah patuh kepada Jadual Waktu Pelajaran di sekolah dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.

 

7.2 Murid-murid hendaklah membawa buku teks / buku rampaian dan alat tulis sebagaimana yang diperlukan mengikut Jadual Waktu.

 

8. KEGIATAN KO-KURIKULUM

8.1 Murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 diwajib mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum pada hari Rabu dari pukul 12:30 petang hingga pukul 13:45 petang.

 

9. BILIK DARJAH DAN KAWASAN SEKOLAH

9.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah dan kawasan sekitar sekolah.

 

9.2 Kerusi meja individu tidak dirosakkan.

 

9.3 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis / menulis di papan tulis kecuali di arah oleh guru.

 

9.4 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan meja dan kerusi guru.

Mendapat kebenaran daripada guru yang bertanggungjawab sebelum menggunakan peralatan sekolah

 

 

10. KANTIN SEKOLAH

10.1 Murid mesti beratur semasa membeli makanan dan minuman.

 

10.2 Selepas makan, murid-murid mengemaskan ruang sendiri dan meletakkan pinggan mangkuk ke dalam besen yang disediakan.

 

10.3 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum dikantin kecuali waktu rehat dan pada masa sebelum atau selepas waktu sekolah.

 

10.4 Sentiasa menjaga kebersihan kantin, buang sampah ke dalam tong sampah

 

 

11.TANDAS

11.1 “Flush” setiap kali selepas menggunakan tandas.

 

11.2 Menutup paip air selepas digunakan.

 

11.3 Dilarang menconteng dinding-dinding tandas.

 

11.4 Ketua darjah memastikan kebersihan tandas selepas waktu Pendidikan Jasmani / Pendidikan Seni kelas masing-masing.

 

 

12. PONDOK BASIKAL

12.1 Letakkan basikal di tempat yang dikhaskan sahaja.

 

12.2 Pastikan basikal sentiasa dalam keadaan sempurna.

 

 

 

13. KESELAMATAN JALAN RAYA

13.1 Berhati-hati semasa melintas jalan dengan menggunakan lampu isyarat pejalan kaki.

 

13.2 Berjalan di bahu jalan dan bertentangan dengan aliran lalu-lintas.

 

13.3 Duduk di tempat masing-masing semasa dalam kenderaan yang bergerak.

 

13.4 Jangan bermain semasa menunggu di perhentian bas.

 

13.5 Beratur sebelum menaiki bas.

 

 

14. KEBERSIHAN DIRI

14.1 Murid-murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.

 

14.2 Murid-murid perempuan dikehendaki menyimpan rambut tidak melebihi paras bahu kecuali mereka yang menyertai kelas “Ballet”. Rambut mereka itu hendaklah sentiasa kemas dan diikat dengan pita / jalur putih / hitam / biru tua.

 

14.3 Sentiasa menjaga kebersihan diri termasuk badan, pakaian, gigi, kuku dan sebagainya.

 

 

15. SURAT MENYURAT

Semua surat kepada murid akan dibuka oleh Guru Besar sebelum diserahkan kepada mu rid yang berkenaan .

 

 

16. PENJAJA-PENJAJA

Murid dilarang membeli makanan yang dijual oleh penjaja-penjaja di luar kawasan sekolah.

 

 

17. YURAN

Murid-murid hendaklah menjelaskan yuran yang dikenakan di sekolah.

 

 

 

1. 上课时专心听讲。发言前,先举手,不扰乱他人上课。

2. 端坐本位,未得老师许可,不得随意走动或擅自更换座位。

3. 同学之间互相友爱,不得相骂打架或讽刺戏弄。

4. 多讲华语、国语或英语,不得说方言。

5. 不得偷懒,准时交作业,按时温习功课。

6. 未征得老师许可,上课时间不得离开学校范围或到食堂食。

7. 集体进出课室时须列队慢行,不得争先恐后或讲话喧哗。

8. 对师长表现充分之礼貌,服从指导。

9. 准时到校、回家,不得无故缺课或迟到。

10. 下课乃休息时间,不得作剧烈游戏或运动。

11. 值勤学生应负起责任,不得偷懒。

12. 未得师长许可,不得随意取用学校器具。

13. 注意本身之清洁,穿整齐校服,佩有校徽。

14. 男女学生一律不准蓄留长发。

15. 不得佩戴饰物或携带不必要的钱物到校。

16. 不得向同学借贷金钱或交换物件,不从事有赌博性之游戏。

17. 培养公德心,不得破坏公物或学校整洁。

18. 诚实自重,不偷窃,不欺骗。

19. 下课时,全体同学都不得留在课室内。

20. 谨记校训“崇朴尚公”,随时随地维护及提高学校的声誉。

 

 

 

 

SJK(C) SIN KANG

Jalan Thean Teik,

11500 Air Itam,

Pulau Pinang.

Tel & Fax : 04-8283620
 

emel : sjkc_sinkang@yahoo.com

     &

          pbc1076@jpnpp.edu.my
 
 

 

free hit counters
 

 

 

Aktiviti Bergambar 2010 活动集锦